Wednesday 14 September 2011

14 Sept 2011 - MAJLIS MALAM MESRA AIDILFITRI

Penjara Sungai Udang Melaka telah mengadakan Majlis Malam Mesra Aidilfitri dihadiri bersama ketua-ketua Institusi Jabatan Penjara Malaysia Negeri Melaka . Majlis diteruskan dengan Ucapan dan Perasmian oleh Yg Setia TKPJ Nor Afifi Bin Sulong Pengarah Penjara Sungai Udang Melaka. Pihak majlis telah melantik ketua-ketua institusi Penjara Melaka sebagai Juri dalam Pertandingan Gerai Hiasan Terbaik yang terbahagi kepada 7 Platun yang mengambil bahagian. Tidak ketinggalan membuka ruang menunjukkan bakat terpendam dalam Pertandingan Sketsa dan Nyanyian oleh kakitangan. Senyuman terukir apabila Majlis diteruskan dengan Pemberian Duit Raya kepada Anak-anak kakitangan yang hadir seramai 150 orang kanak-kanak. Kerjasama secara langsung dan tidak langsung majlis dapat dijalankan dengan sempurna dan berjaya. Semoga ia dapat mengeratkan lagi silatulrahim. Majlis diakhiri dengan penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang,










Yang dinanti-nanti SIAPA GRAND PRICE yang akan membawa pulang 1st tv Lcd , 2nd Peti Ais , 3rd Mesin Basuh ??????? Pemenang nya ADALAH !!!!!!




Wednesday 7 September 2011

ROKOK DURJANA


21 Julai 2011 - Telah diadakan Majlis Pelancaran Kempen Berhenti Merokok Jabatan Penjara Malaysia yang telah dirasmikan oleh Y. Bhg Komisioner Jeneral Penjara Datuk wira Hj Zulkifli Bin Omar  diiringi Y. Bhg Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Dato' Hj Hassan Bin Hj Sakimon.
Kerjasama dari agensi lain diucapkan jutaan terima kasih, semoga jalinan dua hala ini dapat mencapai matlamat maju 2020.
ROKOK DURJANA

Setiap Langkah Aku Menghitung
Setiap Waktu Aku Mengira
Ku Masih Dengan Angan-Angan Ku
Setia Seperti Mulanya

Rokok
Telah Aku Lalui Ketagihan Mu
Telah Ku Sanjungi Kemasyuran Mu
Kerana Mu Aku Bergaya
Berlagak Bagaikan Seorang Dewasa

Rokok
Mengapa Engkau Diciptakan / Hadir Dalam Hidupku
Engkau Sebenarnya Bawa Kemusnahan
Menjadikan Aku Sebagai Hambamu
Sedangkan Aku Adalah Hamba Kepada Yang Satu
 Aku Telah Tertipu Dengan Kemasyuran Mu

Rokok Durjana
Tapi Kau Sebenarnya Tidak Membawa Apa-Apa
Sebaliknya Kau Merupakan Alat Yang Dusta
Engkau Tinggalkan Penyakit Yang Merbahaya
Dan Kau Membawa Kemusnahan Kepada Semua

Janji Tulus Membawa Erti
Telah Ku Semai Niat Yang Suci
Untuk Ku Tidak Mengingati Mu Lagi
Walau Sedetik Tidak Ku Kesali

Sinar Mentari Yang Indah Permai
Memberi Nafas Baru Buat Diriku
Telah Aku Temui Kedamaian Yang Hakiki
Ku Campak Jauh Namu Mu Dari Lubuk Hati Ku

Aku Benci Rokok            
Aku Berhenti Merokok
Aku Tidak Mahu Merokok



Karya : Penghuni Penjara Sungai Udang
             Melaka

Monday 5 September 2011

Lawatan Deligasi

27 Mei 2011 - Penjara Sungai Udang telah menerima kunjungan deligasi Pengarah Penjara Negeria (Mr. Thomas Mayane) serta rombongan . Lawatan ini bertujuan untuk melihat bagaimana sistem ESS (Elektronik Security System) dan pengoperasian Institusi Penjara Sungai Udang Melaka. Taklimat telah disampaikan oleh KIP Ganesan Pillay.

TAKLIMAT PENGENALAN PSU OLEH KIP GANESAN


UJICUBA SISTEM KESELAMATAN

LAWATAN KE BENGKEL


CENDERAMATA DARI PENJARA NEGERIA

CENDERAMATA DARI PENJARA SUNGAI UDANG MELAKA

Sunday 4 September 2011

Terima Tugas Pengarah Penjara Sungai Udang Melaka

13 Mei 2011 Jumaat - Bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Sungai Udang Melaka , satu upacara serah terima tugas Pengarah Penjara Sungai Udang Melaka diantara PKK Nik Mohamad Faidza Bin Nik Jaafar dengan TKPJ Nor Afifi Bin Sulong telah dilangsungkan. Upacara serah terima tugas tersebut telah disaksikan oleh KPJ Hj Abd Wahab Bin Kassim (Pengarah Pengurusan banduan IPPM) . Majlis dimulakan dengan pegawai penghormatan menerima tabik hormat dan memeriksa barisan kawalan suku manakala PKK Nik Mohamad Faidza Bin Nik Jaafar telah meyerahkan kunci kuasa kepada TKPj Nor Afifi Bin Hj Sulong sebagai Pengarah Penjara Sungai Udang Melaka yang baru.