Wednesday, 7 September 2011

ROKOK DURJANA


21 Julai 2011 - Telah diadakan Majlis Pelancaran Kempen Berhenti Merokok Jabatan Penjara Malaysia yang telah dirasmikan oleh Y. Bhg Komisioner Jeneral Penjara Datuk wira Hj Zulkifli Bin Omar  diiringi Y. Bhg Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Dato' Hj Hassan Bin Hj Sakimon.
Kerjasama dari agensi lain diucapkan jutaan terima kasih, semoga jalinan dua hala ini dapat mencapai matlamat maju 2020.
ROKOK DURJANA

Setiap Langkah Aku Menghitung
Setiap Waktu Aku Mengira
Ku Masih Dengan Angan-Angan Ku
Setia Seperti Mulanya

Rokok
Telah Aku Lalui Ketagihan Mu
Telah Ku Sanjungi Kemasyuran Mu
Kerana Mu Aku Bergaya
Berlagak Bagaikan Seorang Dewasa

Rokok
Mengapa Engkau Diciptakan / Hadir Dalam Hidupku
Engkau Sebenarnya Bawa Kemusnahan
Menjadikan Aku Sebagai Hambamu
Sedangkan Aku Adalah Hamba Kepada Yang Satu
 Aku Telah Tertipu Dengan Kemasyuran Mu

Rokok Durjana
Tapi Kau Sebenarnya Tidak Membawa Apa-Apa
Sebaliknya Kau Merupakan Alat Yang Dusta
Engkau Tinggalkan Penyakit Yang Merbahaya
Dan Kau Membawa Kemusnahan Kepada Semua

Janji Tulus Membawa Erti
Telah Ku Semai Niat Yang Suci
Untuk Ku Tidak Mengingati Mu Lagi
Walau Sedetik Tidak Ku Kesali

Sinar Mentari Yang Indah Permai
Memberi Nafas Baru Buat Diriku
Telah Aku Temui Kedamaian Yang Hakiki
Ku Campak Jauh Namu Mu Dari Lubuk Hati Ku

Aku Benci Rokok            
Aku Berhenti Merokok
Aku Tidak Mahu Merokok



Karya : Penghuni Penjara Sungai Udang
             Melaka

No comments:

Post a Comment